Anwar Minta Loke Sambung Tugas Secepat Mungkin

SEREMBAN, 28 Nov (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyambung tugas secepat mungkin kerana kementerian itu memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui pelbagai prasarana pengangkutan.

Anwar berkata beliau menghormati dan memahami alasan peletakan jawatan dikemukakan Loke, namun menegaskan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat dan negara perlu diutamakan.

“Prestasi beliau baik, membanggakan. Jadi sebab itulah saya, selaku Perdana Menteri, sukar menerima cadangan beliau untuk meletakkan jawatan.

“Menteri Pengangkutan (Loke) masih bercuti. Tapi saya arahkan mesti hadir majlis ini kerana Kementerian Pengangkutan menjadi tuan rumah bersama dengan Kerajaan Negeri Sembilan. Dia bercuti dan saya telah minta dia sambung kerja,” kata beliau ketika berucap pada program Yakin MADANI “Memaknai Harapan Rakyat” di Kompleks Belia dan Sukan di Paroi, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Loke, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq bin Johari dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Datuk Seri Dr Awaludin Said.

Anwar berkata Kementerian Pengangkutan adalah antara kementerian besar dan strategik kerana memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat melalui prasarana pengangkutan udara, laut serta jalan raya.

Beliau berkata alasan dikemukakan Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Alasan apa pun tidak boleh mengatasi peranan kita untuk mengabdi kepada rakyat dan negara,” kata beliau.

Pada 10 Nov, Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula pada hari berkenaan.

Bagaimanapun, Loke dan Ahli Parlimen DAP lain kekal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch